Polisi Pemulangan

Para pelanggan yang dihargai.

Anda boleh memulangkan kembali barang yang telah diterima dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan barang sekiranya

  1. Barang yang dihantar ialah barang yang rosak  atau
  2. Barang yang dihantar bukanlah barang yang ditempah atau
  3. Saiz yang diterima ialah saiz yang salah (atau saiz yang betul tetapi tidak padan )

 

Barang yang salah hantar atau rosak boleh dipulangkan dan ditukarkan kpd barang yang betul dan tidak rosak.

Untuk barang yang rosak, barang  jenis yang sama akan dihantar kembali.

Saiz yang tidak padan boleh ditukar tertakluk kepada stok yang ada sahaja. Jika tiada stok untuk saiz yang anda kehendaki , baju tidak boleh dipulangkan dan wang tidak akan dikembalikan.

Baju yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan elok dan sama seperti waktu dihantar.

 

Kos Penghantaran:

Sekiranya pihak kami menghantar barang yang salah atau rosak, pihak kami akan menanggung penuh kos penghantaran return dan juga hantar ganti.

Untuk penukaran saiz baju, Kos penghantaran return dan juga hantar ganti adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Oleh itu pihak pelanggan dinasihatkan membuat rujukan ukuran saiz yang diberikan untuk mengelakkan tersalah pilih saiz.

 

Kami amat menitik beratkan kualiti dan kami sedaya upaya akan cuba mengelakkan pelanggan kami daripada mendapat barang yang tidak bermutu bagi menjaga amanah dan nama baik SALMA FORYOU.

Untuk urusan pemulangan sila hubungi  :

Telefon Bimbit : 019 950 1877

Email : admin@salmaforyou.com.my